Friday, January 23, 2009
Home Sweet Home
Kisah Cuti Semester Tahun3 Semester 2.
22 January 09. Jam 12tengahari aku dengan bersemangatnya naik bas yang bernama Seri Maju untuk pulang ke Kangar. Nampaknya perjalanan kali ini tidak memihak kepadaku dan penumpang2 lain. Setelah bergerak ke Puduraya, lama pulak bas ni berhenti. Jam 1.30 baru bertolak. Aku melelapkan mata seketika untuk menghilangkan rasa letih. Tersedar kira2 jam 3pm. Bas berhenti sekejap dan aku mengambil peluang untuk ke tandas dan mengambil wudhuk untuk solah zuhur dan asar. Aku meninjau2 untuk melihat di mana aku sekarang... Jam 5.30pm baru aku tersedar yang kami baru melepasi terowong. Alahai bas... kenapa lambat sgt nih.. dah 4 jam bertolak baru di Ipoh..Nampaknya aku kena siap sedia jentera2 kesabaran supaya aku lebih tenang dan bersabar dengan pemandu bas yang membawa bas dengan kelajuan yang amat perlahan. Umpama kura2 lagaknya. Kalau pandang permandangan di tingkap tuh, rasa2 macam naik bas pelancong yang pemandunya nak bg peluang pada para pelancong menikmati permandangan di luar. Tiada urgency langsung. Allah izin, seat aku tuh, tempat kaki dia rosak. Lenguh jugaklaah. Yang rasa tak puas hati sebab tambang punya mahal, tp perkhidmatan tak seberapa. Seat rosak, lambat sampai, bau pemandu merokok dsb. Aku terus bertahan dengan kesabaran yang masih ada. Kira2 jam 10.00pm baru aku berjaya menjijakkan kaki di stesen bas Kangar. Lama kan? Kalau naik bas malam, tak rasa sangat. Ni bas siang. Ingat boleh jimat masa, tp lebih kurang je pun. Kalau tambah 2 jam lagi, ala2 naik train laa plak.. Ni la pengalaman naik bas 10jam dari kajang-kangar.. Melihat wajah ummi, nuha dan Yaasir yang datang menjemput, lega skit kepenatan yang dirasakan masa perjalanan tadi..
Maka bermulalah episod cuti semester a.k.a cuti raya cina di rumah. Macam2 yang aku kena settle kan... ape dia ek??
1. Assignment Hadis Hukum ( pas cuti kena submit )
2. Assigment Ulum Hadis ( Ulasan kitab Tadrib Ar-Rawi )
3. Siapkan Bookmark untuk Reunion
4. Cari Cenderahati.
5. Buat Kek Batik untuk Reunion
6. Tolong Fiah siapkan risalah
7. Teman kak long drive kereta..( hehe )
8. Pakai inai... ( langsung tak masuk dalam senarai.kiki )
tu jelaa kot yang teringat.. yang lain pasti banyak lagi.. 29hb akan bertolak kembali ke Bangi. So, kena manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya...Bestnya balik rumah...akan ku cuba untuk menyenangkan,..membantu..memudahkan semua yang ada di rumah ini...gambatte!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment