Let's share yur kind words here... (" _ ")

Tuesday, January 6, 2009

Situasi tidak menyenangkan...

Sopan dan Santun ??
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Situasi : Hentian Kajang
Masa : Tengahari.
Tarikh : 2 Januari 2009
Objektif : Beli tiket utk abah balik 2jan malam.
Teman : Nailah

Kaunter pertama yang dituju ialah kaunter bas seri maju.

" Cik, tiket ke Kangar malam ni ada lagi ke tak?"

Soalan dijawab dengan gelengan kepala..Begitulah seterusnya untuk beberapa kaunter lain termasukla Durian Burung yang mahal benar harga tiketnya hingga mencecah RM61 untuk ke Kangar. Kemudian, kami bergerak ke kaunter tiker Roadways lalu soalan yang sama diajukan pada seorang kakak@Cik ( agaknye lah ) yang bertugas di situ.

Lalu dia menelefon dan masih ada tiket lagi. Bas Etika.

Kami bersetuju untuk beli tiket tu untuk seorang dan aku menyerahkan RM100 yang abah beri kepada cik tersebut.

" Tukar duit dulu boleh tak? " tanya cik@kakak itu.

" Tak dek baki ke? " soalku.

" tak dek " jawabnya.

" Sepatutnya dia laa yang kena p tukar sbb kita customer " Nailah bersuara.

" Emm, ada ke kedai nak tukar duit eh kalau kami tak beli barang? " dengan baik aku menyoal kakak itu sebelum bergerak ke kedai berdekatan.

" tak pasti " jawab kakak itu dengan muka ala2 kerek juga lah.

" emm, kak tak leh tukarkan ke? Kami yang nak beli tiket ni. " aku bertanya dengan tujuan kakak itu akan carikan wang untuk ditukar.

Tidak semena2 dia mengeluarkan sampul surat yang berisi helaian2 RM dan mencampakkan duit itu ke dalam laci dan berkata ..

" tak dek...kalau ade dah lama bagi dah "

" Masalahnya kami yang nak beli tiket akak ni " aku terkejut dengan reaksi sebegitu.

Mendengar pertanyaanku si kakak tadi menghempas laci meja kaunter tu dan berkata...

" peduli apa aku..."

tergamam seketika aku dan Nailah. Beginikah caranya melayan pelangga di kaunter tiket?
Banyak yang inginku hamburkan pada si perempuan itu. Tapi kesan terkejut, tersentak dan rasa sedih ( ada juga manusia mcm ni ) menyekat kata2 itu dari terkeluar dari mulutku.

" patutnya kita kata kat akak tuh, akak ni tak tahu berbudi bahasa ke? " Nailah bersuara dlm nada geram.

" emm..entahlaa " malas aku melayan rasa sakit hati.

Alhamdulillah ada satu lg kaunter Etika di bahagian lain stesen itu. Setelah mendapatkan tiket tanpa diherdik kami kembali ke kereta dan bercerita pada abah.. Biasalah abah pasti akan mengeluarkan kata2 yg melucukan ...

" awat tak tnya kat dia..kak ni datang bulan ka? "

" heheheheh " hilang sedikit rasa sakit hati dengan ketawa yang pecah bersama Nailah dan Abah..

Emm..terfikir kat sini betapa masyarakat kita hari ini sudah runtuh akhlaknya, semakin terhakis budi bahasanya, makin hilang sopan santun yang terpelihara. Dimanakah apa yang diwar2kan tentang perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan. Ah.. dimana sahaja lebih kurang sama cuma dalam kes kakak ni..mmg sukar diterima akal. Kita yang terpaksa berhabis membeli tiket yang harganya melambung tidak dilayan dengan baik. Bukankan customer is always right??





1 comment:

SyNabihah said...

Setuju benar k.nawal..
Pelik la org2 mcmni kan..
Derang tu keje berkhidmat pd pelanggan, tp adeke patut cmtu..
Cuba klo derang, mesti sakit ati jgk kan.. entahla. Malaysia2.. bkn takat kat kaunter bas je.. kat mana2 pun lbh kurang je skrg ni..