Oleh : Nawal bt Abd Kadir
Alhamdulillah dengan kesempatan yang ada pada pagi ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang diperolehi semasa dalam kuliah Hadith Hukum di Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM.
Asas Kajian Hadith Hukum.
Asas ialah kaedah yang mencengkan dan menunjangi sesuatu struktur binaan. Allah swt berfirman dengan maksud : " Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail meninggikan binaan asas tapak Baitullah". ( Al-Baqarah : 127 )
Setiap disiplin ilmu mengandungi asas sebagai pemangkin kekukuhannya dan kaedah fiqh ialah asas umum fiqh yang ada pada nas-nas perundangan ringkas untuk diaplikasikan ke atas isu-isu yang terperinci.
Asas Kajian Hadith Hukum meliputi 3 perkara asas iaitu :-
1. Kajian Berdasarkan Dalil yang Sahih
2. Berpegang dengan Prinsip Al-Ittiba'
3. Menjauhi Takalluf
Kajian Berdasarkan Dalil yang sahih.
Allah berfirman " Katakanlah : Bawalah kemari dalil-dalil keterangan kamu, jika betul kamu orang yang benar " ( An-Naml : 64 )
Islam merupakan agama berasaskan nas ( dalil ). Konsep beragama yang dicanangkan oleh Islam terbina di atas dasar hujjah yang didatangkan dengan bukti dan dalil. Generasi pada sahabat, tabien dan Atba' at-Tabien mempelajari agama berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah. Imam asy-Syafie memulakan pengajian fiqhnya dengan kitab Muwatta' Malik yang mengandungi nas-nas hadith hukum.
Fiqh = Ilmu tentang hukum syara' amali yang diperolehi daripada dalil-dalilnya yang terperinci.
Imam Syafie berkata : ' Bila sah sesuatu hadith daripada Rasulullah s.a.w maka ia wajib diikuti oleh sesiapa yang mengetahuinya...' ( Ar-Risalah )
Imam Asy-Syatibi : ' Sesungguhnya beberapa puak telah terpesong disebabkan mereka tidak berhujah dengan dalil, sebaliknya hanya bergantung kepada pendapat orang semata-mata. Mereka terkeluar daripada kebaikan para Sahabat dan Tabien sehingga mereka mengikut hawa nafsu mereka tanpa ilmu lalu mereka sesat dari jalan yang lurus.' ( Al-I'tisam, 2 505-501 )
Justeru pendapat fiqh perlu didasari dengan dalil yang sahih. Jika tiada dalil yang sahih, maka baru dilakukan ijtihad ke atas sesuatu perkara. Hal ini berdasarkan Kaedah Fiqh yang menyatakan " Tidak boleh berijtihad di tempat yan telah ada nas "
Realiti masyarakat hari ini memperlihatkan manusia lebih serius memastikan kesahihan butiran perbelanjaan hariannya daripada memastikan kesahihan nas-nas agama yang menjadi pegangannya. Realiti pengajian fiqh di Nusantara juga berdasarkan kitab-kitab yang tidak menyertakan dalil yang lengkap. Pendapat para fuqaha nusantara ada yang bercanggah dengan dalil atau didasari dalil yang dhaif ( lemah ) atau mengandungi Unsur Takalluf.
Perlu disedari oleh kita bahawa pengajian hukum berdasarkan dalil yang lengkap membawa kita kepada nilai-nilai pendidikan yang membina.
Berpegang kepada Prinsip Al-Ittiba'
Bahasa : Ikut
Istilah : Berpegang dengan sesuatu hukum syara' setelah mengetahui hujah dan dalil-dalilnya..
Antara dalil prinsip ini ialah : Firman Allah ( maksudnya ): Katakanlah ( Wahai Muhammad ) inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada agama Allah dengan keterangan dan bukti yang jelas, aku dan orang yang mengikutiku. Maha Suci Allah ( dari segala iktikad dan perbuatan syirik ) dan aku bukan dari golongan yang mempersekutukan Allah. ( Yusuf : 108 )
Al-Ittiba' mengandungi 4 ciri iaitu :-
1. Kesanggupan mengkaji dalil dan hujah para ulama tanpa mengira mazhab.
2. Kesanggupan mengenepikan pendapat mazhab yang bercanggah dengan dalil dan kaedah syara' dan seterusnya mendukung pendapat yang menepati dalil dan kaedah tersebut.
3. Menjauhi taklid buta.
4. Menjauhi taksub.
Hukum Meninggalkan Mazhab yang bercanggah dengan Nas yang Sahih...
Imam Syafie : " Bila kamu dapati dalam kitabku ( pendapat ) yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w maka hendaklah kamu berkata ( berpegang ) dengan Sunnah Rasulullah s.a.w itu dan tinggalkan pendapatku". ( Al-Majmu' Sharh Al-Muhazzab, 1:104 )
Imam Nawawi berpendapat wajib meninggalkan pendapat mazhab yang bercanggah dengan hadith. Mempertahankan pendapat yang menyalahi nas adalah sejenis ketaksuban yang haram.
IJTIHAD - mengkaji dalil-dalil syara' untuk menetapkan hukum berdasarkan kaedah-kaedah tertentu.
TAQLID - berpegang dengan sesuatu hukum syara' tanpa mengetahui dalil dan hujahnya.
ITTIBA' - berpegang dengan sesuatu hukum syara' setelah mengetahui dalil dan hujahnya.
TAKSUB - mempertahankan pendapat lemah yang bercanggah dengan dalil dan kaedah.
Kesimpulanya, prinsip Ittiba' menepati konsep Basirah dan penting untuk mengelak taqlid buta manakala taqlid buta bercanggah dengan konsep Basirah dan mengandungi unsur kesyirikan.
Hukum taqlid adalah wajib bagi orang awam yang tidak mampu mengkaji dan memahami dalil. Tetapi dengan syarat : belum sampai maklumat daripada mana-mana ulama thiqah ( dipercayai )
bahawa pendapat yang ditaqlidkan itu bercanggah dengan dalil dan kaedah syara'.
Menjauhi Takalluf
Bahasa = bercakap perkara yang tidak perlu atau memikul beban yang tidak biasa dipikul.
Istilah = Mengada-adakan persoalan dan andaian tidak perlu dalam perbahasan hukum sehingga membebankan dan melebihi kehendak nas ( dalil ).
CIRI-CIRI takalluf :-
1. Mengandaikan perkara yang tidak berlaku.
2. Mempersoalkan perkara yang tidak perlu dan tidak berfaedah.
3. Menambah beban amalan melebihi kehendak syara'.

No comments:
Post a Comment