Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, March 30, 2009

Himega 2009_penuh ERTI

Unit Pengangkutan dan Perhubungan Himega 2009
Oleh : Nawal bt Abd Kadir

Buat pertama kalinya untuk program Kebangsaan seumpama ini saya menjalankan tugas sebagai Urusetia angkut mengangkut ini. Selalunya hanya untuk program tempatan. Maka, kali ini terasa cabarannya untuk memastikan peserta tiba dengan selesa dan selamat dan pulang juga dalam keadaan selesa dan selamat. Namun, hidup orang mukmin akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t. Keadaan fizikal jalan yang agak teruk, jarak perjalanan yang singkat menyebabkan perjalanan menjadi panjang. Jika menggunakan highway tol dikenakan sebanyak RM1.40 dan jaraknya bertambah sedikit.

Hari pertama berjalan dengan baik. Ketibaan adik-adik peserta dirai dengan senyuman. Kaki kiri sangat berkompromi dengan baik tidak jemu-jemu menekan cluc dengan setia di setiap lopak, bumper, dan jalan tidak rata. Perjalanan ditempuh dengan sabar dan gembira. Di kaunter, kami telah meletakkan borang pengangkutan pulang untuk adik-adik peserta yang memerlukan tiket bas atau keretapi untuk pulang. Selepas asar, saya bergegas ke Hentian Kajang menguruskan tiket bas dan Kak Sanihah ke Komuter Kajang menguruskan tiket keretapi . Begitu banyak tiket yang dibeli memerlukan penelitian tentang harga, tempat naik, tempat turun, destinasi dll supaya tidak tersilap. Alhamdulillah semua tiket dapat dibeli dan saya menempuh traffik jam pulang ke KUIS dengan hati yang lega.

Hari kedua, urusetia pengangkutan sibuk dengan aktiviti berfikir untuk melancarkan perjalanan pulang adik-adik peserta. Bermula dengan membuat borang, fotostat dan sesi penerangan kepada adik-adik. Ada yang tidak faham dan sbgnya. Saya sabar menerangkan kepada adik-adik ini. Borang pengangkutan itu bertujuan untuk memudahkan urusetia mengatur kenderaan dan kami merancang untuk membeli tiket komuter in advance supaya adik-adik tidak perlu beratur untuk membeli tiket apabila tiba di stesyen. Malam sabtu ini saya perlu menghantar seorang peserta yang akan pulang awal. Tiketnya adalah pada jam 11.30pm. Jam 11pm kami bertolak daripada KUIS ke Hentian Kajang melalui highway. Rancangnya selepas hantar, kami akan pulang ke UKM terus. Malam itu saya bersama Farah dan Munirah. Allah izin telefon adik itu berdering dan terdengar suaranya yang sedikit cemas. Rupa-rupanya dia terbawa balik kunci bilik dan kawan-kawan tidak dapat masuk ke dalam bilik. (hehe) Allah kalau nak uji, macam-macam cara boleh uji kan? Kami pun menghantar adik itu dan pulang semula ke KUIS. Setelah menyerahkan kunci pada peserta, saya memandu pulang ke UKM.

Hari ketiga. Pagi ini saya sedikit dizzy. Menjadi muram dan tidak bersemangat. Namun, digagahkan juga. Saya mengambil Nazihah Nawawi yang tiba di Hentian Kajang pagi itu. Kami bertolak ke KUIS jam 8 kerana Naz terlibat sebagai ahli Panel untuk slot Sharing momment. Saya masih berada dalam mod dizzy dan berusaha melawannya. Alhamdulillah. Kak Sanihah ( pakar math ) dengan cekap dan efisyennya telah menguruskan hal tiket komuter dan berjaya menyelesaikan urusan tersebut di kaunter tiket komuter. Petang tiba. Program selesai. Kami bergegas memastikan peserta yang tiketnya jam 8pm bertolak ke komuter Bangi terlebih dahulu. Rasa risau menyelit di dalam hati. Rombongan ke Perlis, tiket keretapinya jam 8pm. Begitu juga yang akan ke Temerloh dan Segamat. Dalam hati doa dipanjatkan agar adik-adik ini sempat sampai di stesen KL Central, Pekeliling dan Pudu dengan selamat.

Kemudian, saya membawa adik-adik dari Penang ke rumah Kak Sanihah sementara menuggu bas mereka jam 11.30 malam. Ada juga adik-adik dari Terengganu yang tiketnya jam 9pm. Sempat kami dijamu dengan makan malam. Saya hampir kehilangan tenaga. Berehat seketika di rumah itu. Setelah menghantar adik-adik ke Hentian Kajang jam 9pm saya memandu pulang ke UKM dengan lega. Tiba di bilik, baru semua yang ditanggung sedari pagi saling menerjah menghasilkan keperitan yang tidak dapat ditahan.

Saya tidak pernah menyesal atau merungut kerana terlibat menjadi Urusetia Himega kali ini. Cuma dugaan yang datang itu adalah tarbiyyah sebenarnya. Masih banyak yang diri ini perlu baiki dan tingkatkan. Kelemahan dari pelbagai sudut terserlah saat diri diuji. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.
Kepada adik-adik peserta, sematkanlah setiap pesanan, ilmu, dan pengisian yang disampaikan dalam hati dan fikiran. Gunakanlah ia di saat adik-adik menempuh cabaran di alam IPT kelak. Semoga terus kekal dan istiqamah di atas jalan ini. Kepada sahabat-sahabat sefikrah, tegurlah diri ini andai tersilap langkah, bimbinglah diriku di saat aku celaru,.. doakan diri ini agar menjadi mahasiswa Rabbani.


Wallahua'lam.

( buat pertama kalinya dalam program, saya tidak membawa kamera. Tiada satu gambar pun yang saya ambil...agak pelik..huhu )

1 comment:

raQaiZ_86 said...

Salam ukhti Nawal..
Ya...inilah nikmat kesibukan.kekalutan..keletihan yg dirasai.. Tak semua yg mampu pikulnya dgn kesabaran yg tinggi. Inilah nikmat yg x semua dapat rasai. Beruntunglah dirimu sahabatku. Semoga kita tetap istiqamah dlm amal-amal Islami.. Pray for me too :)