Praktikalku..
Oleh : Yang empunya diri..
Tengahari. Jarum pendek jam mendekati nombor tiga. Aku leka mengedit kerjaku di labtop. Breep.Breep. Bunyi sms masuk ke dalam kotak inboxku. Pantas tangan mencapai. Pesanan ringkas daripada sahabat sekuliahku.
Nawal,awak praktikal di Kelantan.
Erk..Biar benar? Terhenti kerjaanku seketika. Jemari laju menaip sms membalas msg itu.
Mana awak tahu. Jangan main-main.
Smsku berbalas.
Saya tgk di pentadbiran.
Hatiku berdebar sedikit. Apakah ujian yang bakal kuterima kali ini? Namun, aku tidak merasa sedih dan peratusan percayaku terhadap sms tadi hanya dalam 30% sahaja. Aku berbisik sendirian, " Aku tak akan percaya selagi aku tak tgk dengan mata kepala aku sendiri"...
Jam 4. Aku harus menghadiri sessi tutorial bagi subjek Kajian Teks Arab dalam Pendidikan. Tiba di fakulti aku mendiamkan diri daripada keriuhan suara rakan-rakanku berborak. Lama sedikit, aku bersuara.." ...cakap saya praktikal di Kelantan"
" Haaa...biaq betui??" suara rakan2ku menyahut. Masing-masing mula riuh menduga tempat praktikal masing-masing. Kelantan? Kenapa harus Kelantan? Bukan ku benci negeri itu. Tidak sama sekali. Namun, aku berasa berat untuk ke Kelantan. Sms menerjah masuk ke inboxku lagi.
Awak, jangan runsing. Saya tak berapa pasti sangat awak akan ke Kelantan...
Hurm..Aku berpesan sendiri dalam hatiku untuk cuba menerima ketentuan Allah dengan redha apabila segalanya pasti nanti. Dengan itu aku melangkah ke dalam kelas dengan tenang. Usai kelas, beramai-ramai kami turun daripada blok bilik mikro Fakulti Pendidikan, terdengar suara rakan-rakan menyatakan senarai praktikal boleh dilihat di bilik Ketua Program. Maka, berbondong-bondonglah kami ke sana. Pelbagai riak muka yang terpancar. Kerisauan jelas sekali kerana masing-masing berharap mendapat tempat yang dipohon.
Jejak tiba di blok pensyarah. Senarai sedang direbut-rebut oleh pelajar yang berhimpun di situ.
" Nawal, ni nama awak " terdengar suara menyebut namaku.
Emm... Ku harap ada sesuatu yang melegakan hatiku. Namun.......
2 comments:
salam nawal..
suspen je cerita x abes ni..
xpe nawal..praktikal di mana2 pon sama..mana2 ada mehnah..cuma cara yg berbeza.. yg penting persiapkan diri.. fizikal, mental, rohani, ilmu.. smua kena ready..
Yakin pada ketentuan Allah.. Beleive n trust ur self Nawal..
Gambate !! n viel gluck ok !!
syah..saya dah sambung cerita...
insya Allah..terima kasih atas nasihat dan sokongan..doakan saya syah!!..
sayang awak sokmo...
Post a Comment