Let's share yur kind words here... (" _ ")

Friday, December 5, 2008

KMK-12 sejuta memori, mekar di hati, dikenang sudah pasti...



Kem Minda Kreatif ke-12 ( Zon Utara )
Lokasi : Pusat Latihan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Pulau Pinang ( Pulakopp )
Oleh : Nawal Abd Kadir

Sebelum mengatur ayunan langkah ke KMK-12, sempat juga saya berfikir dua tiga kali kerana saya sudah miss 2 sessi KMK. KMK yg terakhir dihadiri oleh saya ialah pada KMK-9 yang juga bertempat di Pulakopp. Fikiran2 yang menggangu ini saya tepis dengan doa dan harapan saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman, juga muhasabah kelemahan saya selama bergelar mahasiswi dan mencari kekuatan daripada sahabat dan sahibah yang hadir. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur saya membuat keputusan yang tepat untuk terlibat dalam KMK-12. Peluang bertemu dengan insan-insan soleh dan solehah teman seperjuangan bukanlah suatu peluang yang senang didapati..di samping kembali berjumpa dengan kakak2 dan adik2 matri, dapat juga saya menambah kenalan sahibah2 baru dan memeriahkan lagi ukhuwwah islamiyyah. Bekerja dengan satu semangat, satu tekad, membawa kepada penyatuan hati di bawah suatu akidah yang sama, harapan dan matlamat yang sama, memartabatkan islam dalam masyarakat, menyuntik satu aliran rasa yang luar biasa ketika menjalankan amanah yang ditugaskan. Masih teringat kata2 seorang sahabat ketika menyeru para urusetia untuk memberikan yang terbaik untuk KMK-12 dengan istilah " all-out ".... katanya " jangan tidur selagi tak pengsan, jangan makan selagi tak lapar dan jangan mandi selagi tak hujan " Saya begitu terkesan dengan frasa jangan tidur selagi tak pengsan,.. dan ini memberi kekuatan sehingga mampu bertahan dengan hanya tidur sekejap pada jam 4.30am dan bangun awal untuk teruskan pekerjaan. Apa yang saya dapat daripada perkara ini ialah, sebenarnya kita mampu untuk kerja overtime,badan kita lebih kuat dari sangkaan kita, kita boleh bertahan lama membuat sesuatu pekerjaan tanpa henti..tak kisahlaa dalam apa jua perkara yg kita buat..dengan syarat wujudnya matlamat yang jelas, tekanan atau booster, dan kemahuan kita sendiri. Saya sebelum ini merasakan diri ini mesti mendapatkan tidur yang cukup untuk memulakan hari yang segar pada esok hari, namun sekarang persepsi itu bertukar sedikit menjadi - tidak perlu tidur yang lama yg selalu = tidur cukup, tetapi ia perlu kepada tidur yang sedikit tetapi berkualiti... banyak lagi perkara yang berlaku ketika berlangsungnya KMK12 yang memberi pengajaran kepada diri saya,..nasihat2 yang diterima terutamanya masa TOT ( training of trainers ) yang dikendalikan oleh Cikgu Azmi, Ustaz Muhtad dan Ali Irfan masih melekat di fikiran dan hati, jazakallah kepada semua yang mengukir kata2 yang berkesan pada hati ini dan sbgnya. Terlalu banyak untuk dikongsikan dan tak terungkap perasaan bersyukur atas kesempatan yang dikurniakan pada TOT dan KMK12 kali ini...Insya Allah, saya berazam untuk terus mengikuti KMK yang seterusnya selagi daya dikurniakan Allah swt...anda bagaimana?

No comments: