Friday, December 5, 2008
masa bersama adik-adik...
SAHIBA. Mesti semua kenal dengan permainan ini kan?Permainan yang memerlukan kepada kepintaran mencari perkataan yang sesuai dan strategi yg baik untuk memperolehi markah yang banyak ini sedikit sebanyak membantu mengisi masa lapang saya bersama adik2 dan juga bersama abah. Kami bermain hampir setiap hari dan malam setelah selesai solah isya dan makan malam. Kelakar kerana saya selalu dikalahkan berikutan adik2 yang agresif dan bersemangat membuat strategi masing2 untuk mendapat markah yang banyak. Saat bersama adik2 dalam suasana yang sihat ini pasti meninggalkan kenangan pada masa akan datang apabila tiba saat dimana adik2 sudah besar dan masa saya yang pasti sedikit berbaki untuk mereka. Ya Allah, kekalkanlah ikatan kekeluargaan ini dalam redhaMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment