Let's share yur kind words here... (" _ ")

Thursday, December 4, 2008

Resipi lagi...


Resipi Kek Coklat versi nawal AK..

Bahan-bahan :-

Bahan A.
- Tepung gandum 2 1/2 cawan
- Gula kaster 450g ( 1 paket )
- Serbuk koko 3/4 cawan
- Butter 250g
- Serbuk Bikarbonat of Soda 1 sudu kecil
- Garam 1/2 sudu kecil

Bahan B.
- Susu Segar Dutch Lady 1 1/2 cawan
- Telur 4 biji
- Cuka 4 sudu kecil

Cara-cara :-

1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaul sebati. ( tidak berketul )
2. Apabila sudah sebati, masukkan 1/2 cawan susu segar dan gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan menggaul.
4. Masukkan 1 cawan susu segar dan gaulkan.
5. Masukkan 4 sudu cuka.
6. Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas kek yang telah disapu dgn butter dan tepung.
7. Bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 30 minit.

* kalau tak masak lagi, just tambah masa smpai kek masak. Bleh cucuk kek dengan lidi atau pencucuk kek utk pastikan kek dah masak atau belum.

p/s : humaidah..awak kena cuba..dah cuba upload laa pic kat sini ek.. gambar kat atas tu tak cantik sebab tak letak topping...nanti k.n cari gambo yang lebey cantik.

4 comments:

mcdah said...

thanks kak nawal
sayang kak nawal..he3 :P

ummu_ammar said...

same2..
sayang awak jugak..

wks said...

hmm...mouth watering...
tiba2 plak terasa nak makan kek coklat..
tapi yang nawal buat la..
huhu

ummu_ammar said...

hehe..milah..
sejak bla anti singgah kat sini ni??
emm..nak makan yg ana buat kena mai umah ana laa.tapi tu pun kena warning awal2 supaya ana leh wat preparation..alah anti bukan tak prnh makan kek yg jauh lebih sedap..kan??