Let's share yur kind words here... (" _ ")

Friday, December 5, 2008

Resipi untuk hanani..

Makaroni Goreng.

Nani, ni adalah salah satu cara paling senang nak goreng makaroni. Ni cara ala2 melayu. Kalau nak english style macam2 kerenah sket..okay..

Peringkat 1 - merebus makaroni.
Mula2, rebus air sehingga mendidih dan masukkan makaroni. Masa dia selalunya ikut apa yang tertera kat paket..rasa pun boleh..dah bleh gigit makaroni tu...angkat dan toskan.

Peringkat 2 - menggoreng makaroni.
Tumis bawang besar/merah, bawang putih sehingga wangi.
Masukkan perencah yang disukai seperti daging cincang + udang.
Masukkan sos tiram
Masukkan tomato puree. kalau 500g makaroni, 1 tin kecil ok dah.
Masukkan carrot. ( tak dek tak pe )
Masukkan kicap manis.. ikut rasa sendiri.
Masukkan sos tomato ( ikut selera, kalau suka masam tambahlaa )
Masukkan garam dan lada hitam
Masukkan makaroni ke dalam bahan2 yg ditumis tadi.
Gaulkan sebati..
Kalau ada sayur sawi, bleh je nak masukkan.

Peringkat 3 - Hidang
Makanla..apa lagi??
tak sedap...?? pandai2 laa adjust sendiri..kiki
suka tambah sambal kicap...cili padi + kicap + sos skit...( pedas..ssss )

Hmmm... ni cara yang paling senang dan setakat ni tak dek laa yg komen tak sedap.. so kamu patut cuba.. biar mak kamu bangga kamu masak the first masakan makaroni..hehe..Hanani,, i'm waiting for the gud news.. masak jangan tak masak tau.rugi makaroni kak nawal bg pada kamu.
See u... wallahua'alam.

1 comment:

Anonymous said...

Dila..kak nawal tambah kat sini ek..
kalau nak bg rasa ummmph lagi bleh letak origano..tapi tak dek pun tak pe..
kalau suka..leh letak cendawan butang skali...ataupun pati sos dia..
hehe..
faham tak..
kalau tak..nanti kak nawal send post yg baru..
selamat mencuba..
-kak nawal