Pagi ini hatiku tersentuh bila membaca coretan seorang sahabat di pewaris.ning yang membincangkan tentang dakwah di kampus : perkongsian masalah. Ingin saya kongsikan kata2 sahabat ini yang insya Allah boleh menjadi pembakar semangat kita untuk terus celikkan mata dan hati tentang besarnya tugas kita sbg daie di IPT.
Salam akhi, anta merupakan wakil/delegasi/skuad/parajurit islam yang dihantar ke UPNM untuk menjayakan satu misi Da'wah dan Tarbiyah. Bukan anta sahaja, malahan semua sahabat/ah yang telah mendapat sentuhan tarbiyah tidak kira di mana jua, MATRI, SMIK, SMAKL dll... yang menyambung pelajaran ke mana-mana institusi adalah merupakan wakil/delegasi/skuad/parajurit islam yang dipertanggungjawabkan melaksanakan misi yang mana kehebatannya sama sepertimana Rasulullah SAW menghantar Muaz R.anhum ke Yaman, Tariq Ziyad ke Spain, Usamah Bin Zaid bin Haritsah, yang ketika itu berusia di dalam lingkungan 17-18 tahun untuk mengetuai angkatan tentera Islam menentang Empayar Rom, Rabi' Amir yang dihantar menemui Rustum, Ketua Tentera Parsi, pahlawan-pahlawan Islam yang lain yang tersohor Khalid Bin Al Walid, Ali Bin Abu Talib, Zubair Al Awwam, Saad Bin Abu Waqqas, Umar Al Khattab, Abu Ubaidah Bin Jarrah, Amru Al As dan lain-lain lagi.
Kita tidak jauh beza daripada mereka akhi... Sebab jika kita semua merenung dengan matahati .. siapa lagi parajurit-parajurit Islam atau pemuda harapan yang mempunyai niat sebagaimana niat-niat kita, mempunyai rasa hati sebagaimana rasa hati kita... siapa lagi yang dalam hatinya mempunyai keinginan agar kebangkitan ISlam dapat terealisasi..? Siapa lagi harapan Islam pada Abad ini..? Islam ditindas, ditekan, diperlekeh sesuka hati sejak keruntuhan empayar khilafah di Turki.. Sekonyong-konyong.. kitalah orangnya.. ana lah orangnya, nta la orangnya .. sahabat-sahabat lain.. kita yang mendapat sentuhan tarbiyah yang tulus dan suci ini. Dan misi kita amat besar akhi, menyampaikan dan menyambung risalah kenabian agar dunia ini dapat dimakmurkan dengan Syariat Allah SWT... Persoalan natijah berjaya atau tidak, ramai atau tidak yang tertarik.. itu semua adalah kerja Allah SWT. Dan tugas kita untuk menyempurnakan misi ini... Ini semua bukannya beban bagi kita, tapi peluang untuk mengecapi syurga Allah SWT .. Dan kita diantara manusia yang terpilih. Kebangkitan Islam itu adalah pasti dan merupakan janji Allah.
Tips-tips drp hamba yang baru ini:-
- Diri sendiri perlu ada penerusan Halaqah
- Jika tiada sahabat, diri sendiri perlu mencari "partner" yang memahami Islam dan cuba digilap untuk mendapat sentuhan tarbiyah
- Setelah itu, barulah mula bergerak untuk D&T di kampus
- Mulakan berkawan dan tersenyum dgn rakan-rakan terutamanya junior-junior
- Melakukan dawah fardiyah
- Memerlukan Tarbiyah Dzatiyah yang tinggi
- Kemudian insy ia akan berkembang dari seorang ke seorang
- Buat perancangan dakwah dan banyakkan perbincangan dengan pakcik-pakcik
Wallahua'lam.. Mungkin banyak kekurangan dan perlu ditambah oleh sahabat-sahabat yang lain.
No comments:
Post a Comment