Let's share yur kind words here... (" _ ")

Sunday, December 14, 2008

Eidul Adha "2008" @ Matri


Hari Raya Korban @ Haji yang bermakna.
Oleh : Nawal Abd Kadir

Hari ini merupakan salah satu perayaan dari dua perayaan yang disediakan oleh Islam kepada umatnya. Maka bergembiralah semua Islam meraikan hari tersebut dalam suasana penuh syukur, insaf, dan menghayati erti pengoranan sebenar berdasarkan kisah yang telah diketahui semua umat Islam khususnya.

Hari ini jugalah disambut dalam suasana yang baik dan soleh oleh para sahabat dan sahibah di Matri dimulakan dengan solah sunat Eidil Adha dan jamuan raya. Ukhuwwah jelas terjalin antara semua apabila makanan yang dihidangkan adalah hasil masakan dan dibawa dari rumah oleh makcik2 mengikut halaqat masing2 dan menu yang di tentukan. Ada halaqat yang membawa nasi himpit, kuah kacang, rendang dan sebagainya.


Saya sekeluarga alhamdulillah tidak pernah terlepas peluang menyambut aidil adha di Matri. Seingat saya dari kecil, saya meraikan hari ini bersama sahibah2 di Matri dengan gembira dan setiap darinya mencatat kenangan yang tersendiri. Saat2 semasa kecil meronda satu kampung bersama rakan2 melihat lembu2 yang bakal disembelih dan dikorbankan amat bermakna. Masih saya ingat ada satu tahun kami sempat melihat hampir semua lembu di kampung disembelih. Kami bergerak ke tempat seterusnya sebaik shj lembu disembelih. Sangat gembira kenangan yang tercipta bersama rakan2 semasa bersekolah dulu.

Acara setelah meningkat umur ini hanya dengan menziarahi rumah2 sahibah di sekeliling kampung terutamanya sahabat baik seperti rumah Nabilah Bakri, Munirah Halim, Rasyidah dll. Namun, tahun ini saya tidak sempat ziarah ke rumah mereka kerana perlu bergegas bertolak ke Seri Manjung berikutan majlis akad nikah sepupu saya di sana. Dalam kegesaan itu, saya sempat berjumpa dengan sahibah2 tersayang dan sempat juga merakam gambar mereka. Wah, bagi saya bukan senang punya kesempatan berjumpa begini, berkongsi cerita walaupun sekejap dan melihat senyuman yang terpancar pada wajah2 mereka. Inilah mahabbah yang sangat dirasai oleh saya seolah2 ukhuwwah yang terjalin antara semua mengikat hati dalam satu ruang yang tidak dapat dipisahkan. Begitulah indahnya Islam...

zakiyah-taqiyah-razana-mahfuzah-atiqah-nasyrah-nabilah-munirah-maryam-masyitah

No comments: