Let's share yur kind words here... (" _ ")

Monday, December 22, 2008

Di sebalik tabir...makanan versi Pewaris4.

Cerita tentang masak + makan.
Oleh : Nawal Abd Kadir

Penyertaan saya untuk PK4 kali ni adalah dengan bertujuan untuk mengkuti program pengisian dan aktiviti bersama adik2 peserta. Atas dasar inilah saya memilih urusetia bahagian multimedia dan dokumentasi kerana tugas saya akan membenarkan saya bersama dengan adik2 sepanjang program berlangsung. Namun, penyusunan Allah berbeza dengan perancangan saya. Dengan izin Allah, tenaga saya diperlukan oleh adik2 ajk masakan iaitu nazihah dan adila. Dengan berlapang dada, saya luangkan masa bersama dengan mereka di dapur ( dewan makan pulakopp ). Rasa terkilan terasa menyusup ke dada apabila memikirkan saya tidak dapat mendengar pengisian, nasihat, kata2 daripada penceramah, pakcik mus, pakcik2 lain dan sbgnya. Namun, saat saya berborak dengan nazihah sambil kami mengupas bawang....perlahan2 rasa itu hilang dan rasa tanggungjawab, amanah, dan rasa bersyukur menyusup2 masuk ke ruang2 dalam hati menggantikan rasa terkilan..ikuti antara perbualan dan kata2 nazihah..( sebahagiannya )

naz : " ana hajat nak dengar pengisian untuk kem kali ini "
ana : tulah, anti pilih nak jadi fasi kan? nape tukar pulak ke makanan?
naz : sbb tak dak orang nak. Ana amiklah. T/jawab berat.
ana : emm..tulah. Ana mmg dari awal hajat nak dgr pengisian. Lama tak dgr.
naz : Tapi ana fikir2, berada di sini ( dapur ) kita dapat buat banyak pahala..orang yg berada di dapur berfungsi sebagai penggerak keseluruhan program..kalau semua lapar, kerja tak jalan, peserta, fasi, urusetia tiada tenaga nak wat kerja..
ana : a'ah..ana pun terasa berada kat sini macam berada di medan yang sebenar. Menguji
kesabaran, kekuatan minda dan fizikal, keikhlasan,...
naz : yelah. semua kita kena terima dan laksanakan dalam masa yang sama. Alhamdulillah
skrng ana rasa redha Allah tentukan ana dalam ajk ni.
ana : ana pun. Semoga ana dapat terus ikhlas wat kerja ni.
naz : insya Allah.

Perbualan berterusan sambil memotong bawang, cili dsbnya. Inilah nikmat dikurniakan sahabat yang baik. Inilah keindahan bekerja dengan insan yang dapat mengembalikan keyakinan kepada diri dan menasihati diri yang serba kekurangan ini. Jazakillah kepada nazihah dan adilah sbg ajk masakan dan jamuan juga Terima Kasih kepada masyitah abral, farahambali, nailah, adik2 sahabat ( firdaus, helmi, anas, helmi, dll ) yang banyak membantu dan menolong sepanjang kita bekerja di bahagian dwn makan.

Akan menyusul : Rakaman menu2 makanan utk PK4 dan cerita2 lain. Wallahualam.

1 comment:

BroHamzah said...

Assalamualaikum, terima kasih atas kongsian cerita disebalik tabir AJK Makanan. Dulu pun ana teringat sangat nak jadi AJK makanan.Tapi hajat itu sampai sekarang tak kesampaian..Terima kasih atas kongsin gambar dan cerita.Sekian BroHamzah JR