The five ' kakak ' of Us..
By : Nawal Abd Kadir
Salam.. teringat plak hari ni tentang kisah persahabatan saya bersama rakan2 sejak kecil hingga ke besar.. dan teringat pulak kami semua sebenarnya bergelar kakak..
Pertama, Nabilah Bakri. Dia yang lebih dikenali dgn nama panggilan gurauan 'cik nab' merupakan anak sulung kepada pakcik Bakri dan Mak cik Ku jam..
Kedua, Rasyidah Zolkepli. Dia pulak dikenali dgn nama 'cik dah' dan anak kedua + kakak sulung + perempuan tunggal kpd pakcik Zol dan Mak cik Ani.
Ketiga, Munirah Abd Halim. Dia ni pulak dikenali dgn nama 'cik mun' dan merupakan anak ketiga daripada 10 beradik + kakak yang sulung.
Keempat, Atiqah Ghazali. Dia digelar ' cik tikah' dan merupakan anak yang ketiga + kakak yang sulung.
Keempat, sayalah.. kakak juga.
hehe..dan antara kakak2 ni...cik nab laa yang pertama walimah mendahului kami yang lain. Kami tadika bersama di taski matri, masuk darjah satu bersama ( saya sekelas dgn syidah di 1 teratai Sek.Keb.Seri.Tunjung. ), masuk tingkatan 1 bersama di Matri, dan bersama cik mun saya melangkah ke Tingkatan 6 bersama dan terus melangkah ke UKM bersama. Bukan mudah nak perolehi jangka hayat persahabatan yang begitu lama jika tiada ibu dan bapa kami yang bersama dalam satu jemaah. Saya sangat menghargai sahabat2 saya ini. Walaupun sekarang masa yang dihabiskan bersama kurang, tapi ukhuwwah tetap terasa indah apabila dikenang dan berjumpa semula.
...dan bila bercakap tentang kakak, faktor ' kakak' juga yang mungkin mempengaruhi keakraban kami kerana selalunya dari segi psikologinya sama. Tanggungjawab yang dipikul, kerenah adik2 dan pelbagai ragam yang harus dipikul oleh kakak dapat dikongsi bersama. Susah senang terutama ketika melangkah ke alam remaja dilalui bersama. Teringat pulak saya tempat duduk dalam kelas di Matri daripada tingkatan 1 hingga 5, saya tidak pernah berpisah dengan syidah. Kekal kami duduk bersebelahan walaupun ada pasang surut dalam persahabatan. Bergaduh tu biasalah..tapi pergaduhan atau lebih tepat perselisihan pendapat tu lebih merapatkan kami dan mematangkan kami dalam bersahabat.
Buat sahabatku..andai anti semua terbaca tulisan ana ni.. ana nak gtau antipa, ana sangat menghargai persahabatan kita dan sayang cik nab, cik dah, cik mun, dan cik tiqah sampai bila2,,sampai antipa dah walimah, ada anak,cucu,cicit,...insya Allah.
1 comment:
cik nab dah walimah dgn munaim..dah dapat pun muhammad akid..
cik dah..dah walimah pun dengan ibrahim..
cik mun dah walimah pun..sedang mengandung..
cik tikah dan cik nawal je belum lagi..
hehe..
rasanya cik tikah tak lambat dah ni..
Post a Comment