Monday, December 29, 2008
Wasiat utk pemuda Islam...
Wahai pemuda dan pemudi Islam
Sabda Rasulullah s.a.w
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”
Wasiat untuk KITA..
Pesanan untuk KITA..
siapakah pemuda dan pemudi Islam..
Mereka ialah KITA..
1. Ikhlaskan niat kita dalam beramal kerana Allah s.w.t.
2. Berhati-hati dari riya' baik dalam perkataan atau perbuatan.
3. Ikuti sunnah Rasulullah dalam semua aspek kehidupan.
4. Bertaqwa kepada Allah s.w.t.
5. Banyakkan bertaubat dan beristighfar.
6. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita.
7. Jadilah orang pertama yang melakukan kebaikan tak kira di mana berada.
8. Jagalah pemakananmu.
9. Tegakkan solah malam dalam diri.
10. Jagalah dirimu daripada perkara2 yang menghampiri zina.
11. Berbaiklah dengan masyarakat, jiran, orang tua dll.
12. Hiaskanlah diri dengan sabar, lemah lembut, teliti dan segala sifat mahmudah yg lain.
13. Bersabarlah dengan musibah dan bersyukurlah dengan nikmat.
14. Banyakkan berselawat ke atas Nabi.
15. Perbanyakkan amalan yang dianjurkan oleh syarak dan pahalanya berterusan.
Berikut adalah antara yang dianjurkan oleh Islam kepada para Muslimin dan Muslimat seluruhnya terutama kepada pemuda dan pemudi seperti kita. Sesungguhnya dengan mengambil cara hidup yang dikehendaki oleh Islam akan melahirkan suatu kehidupan yang tenang dan aman untuk kita. Bahagia dan gembira buat kita. Kita yang bergelar pemuda. Dalam kesibukan, kita tenang. Dalam kedukaan kita gembira. Dalam kesusahan tetap terasa bahagia. Kerana kita hidup untuk Islam. Kita berjuang kerana Allah dan Islam. Kita melakukan sesuatu atas landasan syarak. Semoga kita semua bahagia dalam redhaNya.
* ada mklmt ana petik dari kuliah Ust.Abd Rahman Munawir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...khas buat para remaja terutamanya diriku,hmmm
Imam Hasan Al-Banna pernah berkata,
"bila kau bergelar DA'IE kau wajib sedar bahawa jiwamu tak boleh selamanya REMAJA...tanggungjaawab melebihi masa yang ada...tarbiyah yang bersalutkan ILMU dan CABARANlah yang dapat menDEWASAkanmu..tapi cukupkah sekadar menerima tarbiyah,sampaikanlah kepada SYABAB,sedarkanlah FATAYAT..kalian bukan memulakan perjuangan tapi kalian adalah mata2 yang menyambung perjuangan para anbiya,"....
insyaAllah semoga kita dirahmati Allah..
Post a Comment